AntarabangsaBollywood

Priyanka Chopra Dedah Hampir Berkahwin Pada Tahun Lalu

Aktres popular Bollywood, Priyanka Chopra membuat pengakuan yang agak mengejutkan bahawa dia pernah mempunyai kekasih dan hampir-hampir mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Bagaimanapun hubungan dengan jejaka yang tidak didedahkan identitinya itu terputus di tengah jalan dan kini pelakon itu menyatakan dia belum mempunyai kekasih.

“Ketika ini status saya memang single dan saya akui pernah ada kekasih sebelum ini, tetapi hubungan kami tidak berkekalan, biarpun kami hampir berkahwin,” dedahnya.

Menurut Priyanka, ketika ini dia masih lagi sedang mencari teman hidup yang sesuai. Bagaimanapun, dia akui masih belum bertemu dengan jejaka yang sesuai.

“Tidak dinafikan dengan status sekarang ini, saya sering menjadi perhatian ramai lelaki. Sudah tentu ia suatu perkara yang menyenangkan, cuma sukar untuk membuat pilihan,” ujarnya.

Ternyata kenyataan yang dibuat oleh pelakon berkenaan agak mengejutkan ramai kerana sudah bertahun-tahun dia dilihat tidak mempunyai teman lelaki.

Setelah hubungan cintanya dengan Shahid Kapoor terkandas dahulu dan pernah dikatakan menjalin hubungan sulit dengan Shah Rukh Khan, Priyanka tidak pernah lagi dilihat berdampingan dengan mana-mana lelaki. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button