BollywoodHiburan

Priyanka Chopra Akui Tidak Dipilih Jadi Pengapit Meghan Markle

Aktres Bollywood yang kini mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya untuk melihat perkahwinan rakan baiknya, Meghan Markle.

Meghan akan berkahwin dengan Putera Harry pada 19 Mei ini di Gereja St George, Windsor Castle, United Kingdom.

Walaupun gembira dengan perubahan status rakan baiknya itu, Prinyanka mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam persiapan perkahwinan Meghan ataupun bergelar pengapit bakal puteri itu kelak.

“Saya sangat gembira untuk Meghan. Ia bukan hanya satu perubahan dalam hidup Meghan malah untuk satu dunia juga apabila menerima seorang puteri baharu yang boleh dijadikan ikon wanita.

“Meghan benar-benar layak untuk itu kerana dia seorang wanita muda yang benar-benar mengambil berat mengenai isu semasa yang berlaku di seluruh dunia seperti mana kita semua,” katanya memetik majalah People.

Meghan sebelum ini turut menyatakan aktres kelahiran Jamshedpur, India itu merupakan antara rakan artis yang paling rapat dengan dirinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button