AdvetorialKongsi

Produk Penjagaan Kulit Truskin Jalinkan Kolaborasi Dengan Aina Abdul

Mula bertapak di Malaysia pada tahun 2016, Trulooks Global Group Sdn. Bhd. (Trulooks) adalah merupakan syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium.

Kemudian pada tahun 2019, Trulooks mula mengorak langkag dengan mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit mereka, Truskin.

Sehingga sekarang, ia mempunyai lebih kurang 500 stokis dan 1,000 ejen di seluruh negara dan termasuklah juga Brunei dan Singapura.

Kini, membuka lembaran baharu di tahun 2021, Truskin telah menjalin kolaborasi bersama penyanyi yang sedang meniti populariti, Aina Abdul.

Ujar Aina, sebelum bersetuju untuk bekerjasama, dia telah terlebih dahulu mencuba keberkesanan produk ini.

“Saya merupakan salah seorang pengguna rangkaian skincare Truskin. Dari masa ke semasa, saya mengemas kini perubahan kulit saya.

“Asalnya kulit saya menghadapi masalah minyak berlebihan menyebabkan kulit cepat naik jerawat yang banyak dan tekstur kulit tak sekata,” ujarnya.

Jelas Aina, setelah tiga bulan konsisten dengan Truskin, dia mula nampak perubahan ketara pada kulit wajahnya.

“Alhamdulillah. Sebagi seorang penyanyi, kecantikkan dan kesihatan kulit amat saya utamakan,” kata Aina.

Sementara itu, Pengarah Trulooks, Dr. Adibah Abd Bari berkata, dia ada sebab tersendiri untuk memilih Aina sebagai wajah kempen mereka.

“Nama Aina semakin mengharum dalam industri hiburan. Selain itu, Aina yang mempunyai sikap rendah diri menyambut baik pelawaan kami untuk berkolaborasi serta telah mencuba dan serasi dengan produk Truskin,” kata Adibah.

Bagi Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila Lah pula, dia percaya dengan pemilihan rangkaian penjagaan kulit yang tepat dapat membantu seseorang untuk tampil lebih yakin.

“Bersesuaian dengan tagline Truskin, ‘your luxurios skin secrets’, kecantikkan paras rupa memang tak dapat kita ubah tetapi tahap kesihatan kulit boleh diperbaiki dengan pilihan produk daripada rangkaian penjagaan kulit yang tepat,” katanya.

Menerusi Trio Skin Hydration ini, ia merupakan produk yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 sebagai toner dan essence yang mampu untuk meningkatkan aras kelembapan kulit.

Ia memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal tujuh hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama ini, layari laman web www.trulooks.com.my. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button