Rancangan TVTV

Program Jejak Ebit Lew Papar Perjalanan Bantu Masyarakat Kurang Bernasib Baik

Rancangan Jejak Ebit Lew ialah sebuah program realiti berkonsepkan majalah yang memaparkan aktiviti amal kebajikan dan kisah di sebalik tabir perjalanan eksklusif pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Dalam rancangan berkenaan, ia turut berkongsi rasa dan cerita dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.

Program ini juga bakal memberi satu perspeksif baharu kepada para penonton untuk menilai musibah yang berlaku dari sudut pandang yang berbeza tanpa sebarang prejudis.

Penerbitan program Jejak Ebit Lew ini juga merupakan kesinambungan daripada program Door To Door Ebit Lew di saluran Astro Oasis.

Namun begitu, pada kali ini fokus program diperluaskan lagi kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan tidak sekadar ke arah misi dakwah sahaja.

Pendekatan tersebut adalah bersesuaian dengan situasi masyarakat yang kini sedang berdepan dengan 1001 ujian akibat pandemik Covid-19.

Uniknya, rancangan ini bersifat ‘jujur’ kerana tidak terikat dengan sebarang skrip atau babak-babak komersial yang perlu disempurnakan.

Ini adalah kerana kebanyakan misi bantuan yang perlu disampaikan selalunya bersifat spontan atau ad hoc. 

Selain itu, terdapat juga di antara kes-kes yang diterima daripada permohonan secara bersurat serta menerusi emel yang turut disertakan dengan paparan aktif sahih di media sosial.

Rangkaian program Jejak Ebit Lew akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan dan kompilasi paparan isi hati Ebit Lew dapat ditonton melalui kapsul Jejak Xtra Ebit Lew pada setiap hari Isnin pada pukul 6.55 petang bermula 7 Disember lalu, manakala program Jejak Ebit Lew pula akan bersiaran sebanyak 61 buah episod pada setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam mulai tarikh yang sama. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button