Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Marsha Milan hari ini diumumkan sebagai juri, pencarian ikon muzik Malaysia yang baru kepada Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Marsha iaitu A Million Voice (AMV),
Dibawakan khas oleh Be.Life, dianjurkan bersama MasterPay Global Sdn Bhd dan diterbitkan bersama Stallion Networks Sdn Bhd, AMV adalah sebuah kandungan berjenama pertandingan realiti nyanyian yang diperkenalkan untuk mencari bakat baharu dalam industri muzik tempatan.
Dengan hadiah utama bernilai RM1 juta, AMV menawarkan peluang keemasan kepada bakat-bakat baru untuk memulakan kerjaya nyanyian mereka serta bertapak dalam industri muzik tanah air.
Pencarian Ikon Muzik Malaysia Yang Baharu
AMV bukan sahaja mencari bakat vokal malahan turut mencari penghibur serba boleh yang berpotensi besar untuk menjadi seorang ikon muzik kepada Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Marsha. Membariskan panel juri tetap yang terdiri daripada tokoh muzik legenda Malaysia – Awie, Hattan dan Marsha, peserta dicabar untuk menyampaikan persembahan yang mempamerkan keunikan suara, kualiti seorang bintang serta aura mereka di atas pentas.
Dihoskan oleh Joey Daud AMV menjanjikan persembahan yang penuh bersemangat, persaingan sengit dan detik-detik yang pasti memukau para penonton.
Pemenang Utama Bakal Bawa Pulang Hadiah Bernilai RM1 Juta
Lebih menarik lagi, para peserta akan bersaing merebut hadiah utama bernilai RM1 juta termasuk kenderaan EV, kontrak untuk membuat album dan konsert roadshow selama 3 tahun, dan lain lain.
Pemenang hadiah utama juga akan berpeluang merakam album EP-nya sendiri—satu batu loncatan penting bagi mana-mana artis yang mengimpikan kerjaya muzik yang gemilang.
Ujibakat dan Jelajah Di Seluruh Negara
Pencarian ikon muzik Malaysia baharu bakal bermula tidak lama lagi. Calon penyanyi dijemput untuk menghantar video uji bakat melalui laman web rasmi AMV. Di samping itu, AMV akan memulakan jelajah ke seluruh negara dengan mengadakan sesi uji bakat secara langsung di pusat membeli-belah utama.
Peserta yang terpilih dari uji bakat ini kemudiannya bakal berentap dalam AMV Show Star, sebuah rancangan lapan (8) episod yang akan mempersembahkan peserta- peserta terbaik dari seluruh Malaysia.
Struktur Pertandingan dan Format Kalah Mati (Knockout)
Peserta akan dinilai berdasarkan merit, di mana persembahan mereka akan dinilaioleh panel juri tetap dan penonton. Pertandingan ini akan mengikut format kalah mati atau knockout, dengan peserta secara beransur-ansur disingkirkan berdasarkan kualiti persembahan dan sambutan penonton. Ia bagi memastikan hanya bakat paling cemerlang yang akan kekal berada di pentas.
Peserta-peserta terbaik akan dipilih daripada proses ini dan bersaing dalam pertarungan akhir untuk merebut hadiah utama. Selepas pertandingan berakhir, sepuluh peserta terbaik AMV ini juga akan berpeluang menyertai jelajah mini konsertdi seluruh Malaysia dalam memberikan mereka pendedahan yang berharga.
Jelajah ini akan memberi peluang kepada finalis untuk membina pangkalan peminat atau fan base, melebarkan sayap mereka dalam industri muzik, serta mengukuhkan perjalanan mereka sebagai bintang yang menyerlah.
Persembahan Lain Daripada Yang Lain
Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, En. Husnaidy Bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Pemasaran dan Pengedaran produk Belife berkata: “Apa yang membezakan A Million Voice daripada pertandingan lain ialah komitmen kami untuk mencari bukan sahaja bakat vokal yang hebat, tetapi penghibur yang berpotensi untuk menjadi ikon sebenar yang bakal menggantikan Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Marsha di dalam industri muzik Malaysia.
Barisan juri lagenda kami—Awie, Hattan dan Marsha—masing-masing telah meninggalkan impak yang berkekalan dalam persada seni muzik Malaysia, membentuk industri dan memberi inspirasi kepada jutaan orang menerusi kegiatanseni mereka.
Melalui platform ini, kami bukan sahaja mencari bintang baharu, tetapi penyambung bakat— seorang ikon masa depan kepada mereka yang boleh meneruskan legasi
penyanyi-penyanyi lagenda ini,” tambah Husnaidy lagi.