EventHiburan

Program Re(Start) Raya Jam! Langkah Aktifkan Kembali Aktiviti Seni di Tropicana Gardens Mall

Setelah melalui fasa percutian panjang dari melaksanakan rutin kerja pelbagai aktiviti seni akibat dari penularan pandemik Covid 19, kini tibalah masanya untuk memulakan kembali.

Presiden Persatuan Karyawan, Datuk Freddie Femandez berkata, dengan terma Re(Start) yang membawa definasi ‘Mula Semula’ pihak Karyawan dan Tropicana Gardens Mall, sebagai penaja sumbangan dan lokasi telah membuka ruang kepada para penggiat seni tanah air seperti penyanyi, pelakon, pemuzik dan pelukis untuk terus beraksi di premis ini yang mana mereka akan ditempatkan dibeberapa ruang strategik didalam kompleks, bagi mengadakan pertunjukan atau demonstrasi.

“Tawaran yang diberikan oleh pihak Tropicana Gardens Mall memang menjadi rahmat buat kami. Mereka telah menaja siri pertama Re(Start) dan bakal memberi peluang kepada para pemuzik dan artis beraksi kembali meneruskan survival seni mereka. 

“Tawaran penggunaan ruang paling utama kerana segala persembahan di premis tertutup sahaja dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Lokasi Tropicana Gardens Mall yang begitu luas dan moden ini memang bermanfaat buat kami semua dan pastinya persembahan disini adalah berpandukan SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Freddie berkata, antara artis yang bakal terlibat ialah Baba Andy, Radhi Khalid, Jaafar On, Datin Paduka Julie Sudiro, Asheed Def Gab C dan lain-lain. 

Tidak ketinggalan penglibatan ramai pemuzik profesional tanah air yang bakal beraksi secara akustik pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 23 April sehingga 16 May 2021, jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam.

Banyak aktiviti telah disusun, seperti sessi jamming akustik yang dibarisi oleh para pemuzik professional tanah air dengan penampilan para selebriti, aktiviti demonstrasi jualan lukisan dan pelbagai lagi yang bakal dimaklumkan dari masa ke semasa.

“Diharapkan para pencinta seni sudi meluangkan masa ke sini sambil menikmati suasana moden dan ceria di pusat membeli belah Tropicana Gardens Mall, yang terletak di lokasi strategik Kota Damansara,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button