Cerita ArtisHiburan

PU Riz Akui Ada Dapat Tawaran MAPIM Untuk Misi Ke Gaza Bersama Neelofa, Heliza Helmi & Ebit Lew

Pendakwah bebas, PU Riz mengakui bahawa dia ada mendapat tawaran sekali gus perbincangan bagi menjalankan misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Neelofa serta penyanyi, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew pada Jun lalu.

PU Riz berkata, tawaran berkenaan itu datang daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) dan perbincangan secara dalam talian sudah dijalankan.

“Sejujurnya, betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Dan pegerakan ke sana juga dijadual pada Jun.

“Namun, saya dimaklumkan projek ini tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab. Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukan dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka,” katanya.

Terdahulu nama PU Riz, Neelofa, Heliza dan Hazwani telah disebut oleh Caprice dalam posting di Insta Story yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.

Pendedahan itu sekali gus menimbulkan pelbagai tanggapan selain ada yang mendakw Ebit Lew mengambil kertas cadangan berkenaan bagi tujuan menjayakan misi sendiri.

“Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.

“Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
0
+1
2
+1
2
+1
1
+1
2
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button