
Cerita ArtisHiburan
Pu Riz, Neelofa Trending Di Twitter, Netizen Bicara Status Hubungan
Tiada angin, tiada ribut, nama pasangan Pu Riz dan Neelofa hari ini tiba-tiba menjadi trending di Twitter.
Ketika ini ramai netizen yang membicarakan mengenai pasangan tersebut setelah beberapa status yang dimuatnaik adik-beradik serta ibu Neelofa di Instagram.
Malah, menerusi penelitian yang dibuat, tiada lagi gambar-gambar merisik yang dimuat naik.
Selain itu, status yang dimuat naik beberapa jam lalu juga turut menjadi tanya tanya peminat, seolah-olah hubungan mereka sedang dilanda masalah.
Dalam pada itu, adik-beradik serta ibu Neelofa juga tidak lagi mengikuti Instagram Pu Riz.
Bagaimanapun, setakat ini Pu Riz dan Neelofa masih lagi mengikuti Instagram masing-masing. – KopiPlanet.com



Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
2
+1
6
+1
+1