Cerita ArtisHiburan

Putera Amaris & Dapur Pasak Sasar Bantu 100 Artis Terjejas Pendapatan Ketika Bulan Ramadan

Pelakon popular, Putera Amaris dan Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur menyasarkan untuk pembantu 100 artis yang terjejas ketika bulan Ramadan ini.

Amaris berkata, sepanjang pandemik Covid-19 yang berlarutan selama lebih dua tahun, sememangnya banyak kehidupan artis yang terjejas.

“Secara jujurnya ada ramai artis yang menghubungi saya memohon bantuan dan kebanyakannya artis veteran. Tidak dinafikan pendapatan saya juga terjejas pada mulanya, tetapi saya bersyukur kerana sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.

“Saya pun bukanlah daripada keluarga kaya, tetapi rasanya lebih baik saya berkongsi sedikit rezeki yang ada serta dapat bekerjasama pula dengan Dapur Pasak untuk kerja-kerja kebajikan ini,” ujarnya.

Amaris berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Qaseh Infaq Ramadan #Samasamakenyang yang berlangsung semalam.

Dalam pada itu, pelakon itu juga berkata dia dan Dapur Pasak akan memberi bantuan kepada 1,000 golongan asnaf di sekitar Kuala Lumpur menerusi program ‘Penuhkan Peti Ais’.

“Sebenarnya sudah lama saya berhasrat untuk membantu golongan asnaf yang tidak berkemampuan. Kalau nak buat sendiri memang tidak mampu dan secara kebetulan saya ada rakan daripada Dapur Pasak yang mempunyai tujuan yang sama untuk kerja kebajikan sebegini.

“Untuk permulaan ini kami sasar 1,000 asnaf yang sudah ada dalam data based kami. Anggaran kos pula adalah sekitar RM200 hingga RM500 untuk setiap asnaf menerusi program ‘Penuhkan Peti Ais ini’,” jelasnya.

Selain itu, Amaris juga memberitahu mereka akan mendirikan sebuah rumah untuk asnaf yang terpilih dengan anggaran kos kira-kira RM80,000 hingga RM100,000.

Jelasnya, pembinaan rumah berkenaan akan bermula pada 1 Ramadan ini dan menyasarkan ia akan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan atau sebelum 1 Syawal.

“Menerusi projek ini, kami akan pilih satu asnaf yang memiliki rumah yang sudah teruk untuk dibina semula dan antara syaratnya adalah rumah itu di atas tanah sendiri.

“Buat masa ini kami rancang untuk bina satu buah rumah sahaja duhulu, melainkan kalau ada mana-mana pihak yang mahu menaja dan terlibat dalam program kebajikan ini barulah lebih banyak ia dapat dibina,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button