Cerita ArtisHiburan

Puteri Balqis Nafi Ibunya Ambil Barang Terlarang & Paksanya Bekerja

Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis menerusi Instagramnya hari ini tampil menjawab segala persoalan yang dilemparkan netizen termasuk aktres Nabila Huda berhubung keadaan hidupnya kini.

Balqis, 13, ketika ini menyara kehidupannya bersama ibu, Norashikin Mohd Aziz dengan menjual buku koleksi puisi tulisannya di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataannya, Balqis atau Aqish berkata ibunya sama sekali tidak pernah memaksa dirinya yang dalam keadaan sakit untuk mengikut berjualan bersama sebaliknya ia adalah di atas kerelaan hatinya sendiri yang tidak mahu berrenggang daripada ibunya.

“Ibu Puteri (Balqis) tidak pernah membiarkan puteri bekerja, tidak pernah sesekali. Puteri yang memaksa untuk ikut. Terus-terang di KL, ibu yang meniaga, Puteri cuma ikut, ibu tak bagi tapi Puteri yang rabun masih punya perasaan kasihan melihat ibu.

“Kalaulah Puteri ini bukan dari golongan industri dah tentu manusia yang tahu akan cakap, kami kuat. Tapi kerana Puteri dalam industri, maka ayatnya ‘kenapa dibiar’. Bezanya fitnah apabila berada dalam industri,” tulisnya.

Selain itu, Aqish turut menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan ibunya mengambil barang terlarang disebabkan fizikalnya yang kurus dan tidak terurus.

“Fizikal ibu yang kurus, selalu tidak makan, tak cukup tidur. Sewaktu Puteri sakit, ibu kadang-kadang tidak tidur. Takut Puteri sakit sewaktu tidur. Ibu Puteri memang sering pengsan. Tenaganya tak sekuat dulu selepas jatuh dan terhentak di tahun 2018. Ibu tetap bangun dan teruskan berjalan. Kenyataan ibu hisap dadah itu diberitakan oleh ibu saudar Puteri sendiri yang menggunakan akaun (media sosial) palsu,” luahnya lagi.

Akish sebelum ini disahkan menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu. Dia kini menetap di sebuah pangsapuri di Setia Alam dan setiap hari akan singgah ke ibu kota untuk menjual buku puisinya.

Namanya mula menjadi hangat selepas program Bersamamu terbitan TV3 menyiarkan keperitan hidupnya bersama ibu yang ditayangkan pada 12 Januari lalu.

Penderitaannya mendapat simpati masyarakat yang terkesan dengan kehidupannya kini yang mana suatu ketika dahulu Akish pernah mencipta kemasyhuran dalam bidang seni sebagai pelakon berbakat, malah pernah memenangi beberapa trofi anugerah di atas bakatnya itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button