Putus Dengan Nonny, Niezam Zaidi Luah – “Maaf Saya Tak Baik”
Isnin lalu, pelakon Nonny Nadirah mengesahkan dia sudah putus cinta dengan pelakon Niezam Zaidi.
Walaupun sudah membuat perancangan untuk berkahwin hujung tahun ini, namun ketentuan jodoh mereka tidak berpanjangan apabila putus di tengah jalan.
Menerusi laman Instagramnya, Niezam, 28, membuat luahan berhubung perkara tersebut dengan menulis, “Maaf saya tak baik.. Kadang tu, apa yang kita rasa baik, tapi tidak baik untuk kita.
“Dan apa yang kita rasa tak baik, ianya baik untuk kita. Maaf saya tak baik, ini yang terbaik,” luahnya menerusi ruang kapsyen.
Pelakon filem M4M4 ini juga sempat menitip ucapan buat bekas teman wanitanya itu dengan menulis, “Allah sentiasa ada dan awak jaga diri awak baik-baik.”
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak tahun lalu dan terbuka mengakuinya kepada umum sejak bulan Jun lalu. – KopiPlanet.com