Cerita ArtisHiburan

Rafidah Ibrahim Kini Bergelar Isteri, Sempat Nikah Sebelum Pelaksanaan PKP

Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim selamat melangsungkan pernikahan dalam satu majlis yang berlangsung semalam.

Malah, majlis pernikahan tersebut dibuat sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib.

“Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yg sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan,” kongsinya di Instagram miliknya.

Rafidah berkata, majlis yang berlangsung juga telah dibuat dalam serba ringkas dan mengikut SOP.

Jelasnya, pernikahannya dan suami hanya dihadiri adik-beradik dan keluarga terdekat sahaja serta jumlah jemputan yang sangat terhad.

“Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat & berkat pada hari mulia, bulan mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua.

“Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis #akadnikah kami. Kami mohon maaf pada setiap kekurangan & kelemahan sepanjang majlis berlangsung. #shahfida #fidashah #ramadhan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button