AntarabangsaKpop

Rain & Kim Tae-Hee Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua

Pasangan suami isteri popular Korea Selatan, Rain dan Kim Tae-Hee telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka semalam seperti yang dilaporkan agensi pengurusan aktres itu, Story J Company.

“Kami ingin mengumumkan khabar gembira bahawa Kim Tae-Hee dan suaminya, Rain telah selamat menimang cahaya mata kedua pada pagi 19 September, seorang anak perempuan yang sihat di sebuah hospital di Seoul.

“Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan sekarang sedang berehat di bawah jagaan ahli keluarga,” kata agensi pengurusan tersebut.

Rain dan Tae-Hee berkahwin pada Januari 2017 dan mereka turut mempunyai seorang lagi anak perempuan yang dilahirkan pada Oktober 2017.

Rain masih lagi dengan pendiriannya yang enggan menyiarkan wajah anak-anaknya di mana-mana platform kerana ingin memberikan privasi buat keluarganya.

“Saya sangat menyayangi anak-anak saya, memang saya ada rasa nak tunjukkan mereka pada anda semua tapi saya takut tindakan itu lambat laun akan memakan diri anak-anak saya. Jadi sebelum perkara itu berlaku, lebih baik saya hanya tonjolkan mengenai kerjaya saya kepada pihak umum,” ujar Rain. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button