AdvetorialKongsi

Rangkaian Kedai Kopi HWC Coffee Kini Mula Dibuka Di Malaysia, Tawar Promosi ‘Beli 2 Dapat 3’

Sempena pembukaan rangkaian kopi HWC Coffee di Malaysia, akan menawarkan promosi ‘Beli 2 Dapat 3’bagi semua jenis minuman selama 10 hari mulai 20 April 2022.

Promosi ini boleh didapatkan melalui Brand Store HWC Coffee pertama di Pusat Beli-Belah 1 Utama, Level 2, Center Court yang dibuka pada setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10 malam. Pelanggan hanya perlu mengisi butiran peribadi di laman web syarikat HWC Coffee untuk menikmati promosi ini. Minuman yang termurah antara tiga terpilih akan diberi percuma.

Berasal dari Taiwan dan ditubuhkan pada tahun 2016, HWC Coffee telah memenangi banyak anugerah berprestij di seluruh dunia sepanjang lima tahun yang lalu. Kini, HWC Coffee memiliki lebih 70 buah kedai di Taiwan dan bangkit menjadi antara rangkaian kopi yang paling popular di Taiwan.

Pada tahun 2022, HWC Coffee telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Subplace Malaysia untuk memasuki pasaran Asia Tenggara dengan kopi ‘specialty’ HWC yang terunggul di dunia.

HWC Coffee dan Subplace berhasrat menjadikan jenama HWC sebagai penanda kopi ‘specialty’ yang tersohor di Malaysia dengan berpandukan falsafah perniagaan mereka iaitu “finding the specialty coffee you’ll love” yang membawa maksud temui kopi ‘specialty’ yang anda cintai.

Kopi ‘specialty’ merujuk kepada kopi yang telah mendapat penilaian kualiti lebih 80 mata. Menggunakan HWC Coffee No. 9 iaitu biji kopi klasik yang dinilai dengan 91 mata, HWC Coffee bertekad untuk menghidangkan kopi yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua warga Malaysia. 

Para penggemar kopi dan teh ‘bubble’ juga wajib berkunjung ke brand store yang baru dibuka ini untuk menikmati minuman istimewa HWC Coffee iaitu Brown Sugar Bubble Caffe Latte. Minuman yang memenangi pelbagai anugerah ini juga merupakan minuman paling laris di Taiwan. Berbeza daripada minuman lain yang terdapat di pasaran, minuman inovatif ini menggabungkan kopi dan teh ‘bubble’. Brown Sugar Bubble Caffe Latte kini sangat popular dan menjadi minuman kegemaran ramai penulis blog yang mengesyorkannya di blog mereka. Semua harus segera mencuba minuman ini!

Selain Brown Sugar Bubble Caffe Latte, HWC Coffee juga menghidangkan lebih daripada 10 jenis minuman daripada siri kopi susu untuk memenuhi citarasa dan kemahuan para penggemar kopi. Untuk mencapai kualiti terbaik, HWC Coffee di Malaysia telah menemui susu yang dipadankan sempurna dengan produknya, justeru memberikan rasa yang lebih sesuai dengan selera tempatan.

Berbanding dengan rangkaian kopi yang lain, satu lagi keunikan HWC Coffee ialah memperkenalkan Nasi Hey – gabungan nasi lemak Malaysia dengan bebola nasi Taiwan. Hidangan ini menggunakan nasi yang diperbuat daripada arang yang diselitkan dengan halia sitrus. Nasi Hey ini dihidangkan bersama sambal, ayam cincang, batang doh goreng, sosej dan telur, untuk membangkitkan selera anda.

Semua produk yang dihasilkan oleh HWC Coffee adalah halal. Kopinya diiktiraf halal oleh Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan, manakala barangan makanan termasuk Nasi Hey dimasak dan dikeluarkan oleh dapur pusat yang disahkan halal oleh JAKIM. Dengan harga yang bermula daripada RM9, HWC Coffee menyasarkan untuk menjual kopi mampu milik walaupun dengan kedudukannya yang premium.Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/hwcmalysia

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button