
Rapat Dengan Kim Jong Kook, Jin Young Terima Ugutan Bunuh
Pelakon Hong Jin Young mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh di laman Instagramnya yang dihantar oleh peminat fanatik Kim Jong Kook.
Mesej tersebut dihantar disebabkan keakraban yang tercetus di antara kedua-dua selebriti tersebut.
Malah, Jin Young juga sudah beberapa kali menjadi artis undangan menerusi program tv popular, Runningman yang turut dihoskan Jong Kook.
“Ada beberapa peminat menghantar mesej ugutan yang mana mereka akan membunuh saya sekiranya saya cuba bermain cinta dengan selebriti pujaan mereka, Jong Kook,” katanya.
Peminat dikatakan lebih sukakan Song Ji Hyo menjadi pasangan hidup Jong Kook sehinggakan mereka sudah pun memberi nama gelaran kepada pasangan tersebut yang berbunyi, #spartace (Sparta + Ace) yang mewakili nama mereka dalam Runningman.
Malah ibu Jong Kook juga dikatakan sangat bersetuju sekiranya Ji Hyo merupakan pilihan hati anaknya itu. – KopiPlanet.com