Cerita ArtisHiburan

Rapper Singapura, Young Khalifa Tampil Dengan Single Me Gusta

Penyanyi rap kelahiran Singapura, Young Khalifa kini cuba mengembangkan bakatnya di Malaysia dengan mempertaruhkan single baharu berjudul Me Gusta (Aku Suka)

Pemilik nama sebenar Muhammad Iskandar Roswira ini mula meminati rapping sejak berusia 12 tahun dan kemudian mula dikenali menerusi platform Bigo LIVE pada tahun 2015.

“Alhamdulillah, single pertama saya iaitu Me Gusta di bawah Map Music sudah pun dilancarkan sejak 9 Disember lalu dan mendapat sambutan yang baik.

“Saya bersyukur dan berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengembangkan bakat di negara ini serta diberi kepercayaan untuk berkarya dan mewarnai industri muzik,” ujarnya.

Me Gusta adalah hasil ciptaan Syko G & Jack Jafni manakala lirik oleh Puyu (Media Asia Production). Lagu yang menampilkan genre reggaeton tersebut mengambil masa dua hari untuk sesi rakaman.

Lagu berkenaan menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin cuba memikat seorang wanita, namun oleh sebab ego, lelaki tersebut tidak kisah sekiranya wanita yang diminatinya itu tidak suka terhadapnya.

“Me Gusta kini boleh didapati di semua platform digital muzik dan streaming. Sudah tentu saya harapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button