Cerita ArtisHiburan

Rasa Amat Dihargai, Aliff Syukri Mahu Buat Show Nyanyian Percuma Untuk Zizan Razak

Setelah melancarakan lagu Lala Raya sehingga menjadi trending nombor satu di YouTube, usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mendapat banyak pujian, selain komen-komen negatif yang diterima.

Menariknya, salah satu ‘pujian’ yang menarik perhatian netizen adalah komen daripada Zizan Razak dengan menyifatkan nyanyian usahawan tersebut setaraf dengan penyanyi Barat.

Merasai dihargai dengan ‘pujian’ berkenaan, Aliff merancang untuk menyanyi secara live di hadapan Zizan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Syukur aku rasa amat dihargai… thanks awakkk @zizanrazak869 kerana puji suara saya. Zizan ni memang pandai menilai bakat orang.

“Insyallah saya akan nynayi untuk awak live tanda penghargaan saya… free je show saya tak payah bayar… syukur vokal dan bakat saya kini orang dah pandang,” tulisnya di ruangan komen.

Bagaimanapun, Zizan lantas membalas kenyataan tersebut sehingga menarik perhatian netizen.

Zizan berkata, dia terpaksa memeriksa jadualnya terlebih dahulu memandangkan kini sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Dato sejujurnya memang bakat Dato tidak boleh disangkal lagi. Tiada tandingan. Saya juga pernah menjadi juri dalam banyak program TV. Dan saya tahu kemampuan vokal Dato tu bagaimana.

“Cuma part yang nak nyanyi live depan saya tu, boleh tak saya check jadual dulu sebab agak busy ni banyak shooting. Bukan tak nak cuma kerja Dato. Dato fahamkan maksud saya kan?” ujarnya.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan kenyataan yang dibuat oleh kedua-duanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
2
+1
4
+1
25
+1
1
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button