Cerita ArtisHiburan

“Rasa Macam Nak Mati Dah…” Chacha Maembong Kongsi Pengalaman Ketika Disahkan Positif Covid-19

Pelakon popular Chacha Membong mendedahkan bahawa dirinya mengalami sakit yang agak teruk ketika disahkan positif Covid-19.

Chacha berkata, ketika menjalani ujian RTK, keputusannya adalah negatif dan kemudian apabila ujian PCR dibuat, dia sah positif.

“Antara simptomnya saya rasa teramat-amat sakit sangat. Ini adala kali pertama saya sakit yang rasa macam nak mati dah.

“Selain itu, saya alami migrain yang teruk sampai saya nangis-nangis video call Emma. Ketika itu dia ingatkan saya baru lepas putus cinta,” ujarnya.

Chacha berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang media dan majlis berbuka puasa ADHOC RAYA 2022 yang berlangsung semalam.

Jelasnya, dia hanya menjalani kuarantin di rumah sahaja selama 12 hari dan mengakui belum sempat mengambil suntikan booster kerana sibuk kerja.

Dalam pada itu, Chacha menafikan keadaan dirinya yang ketika ini kelihatan kurus adalah berpunca daripada positif Covid-19.

“Sebelum ini berat saya lebih kurang 60 kilogram dan kini sudah turun jadi 49 kilogram, tetapi Covid-19 bukanlah punca saya kurus.

“Sebenarnya saya amalkan pengambil produk kurus iaitu Lerntiq yang dijual sendiri oleh kakak saya (Beby Maembong). Lagipun berat badan saya cepat naik dan cepat turun,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button