PopularViral

Rasa Membazir… Pengarah Urusan Mydin Tidak Pergi Berbuka Puasa Di Hotel, Lebih Puas Makan Di Restoran Biasa

Sepanjang bulan Ramadan, terdapat banyak lokasi terutama sekali di hotel-hotel dengan menawarkan pakej yang menarik untuk berbuka puasa.

Bagaimanapun, bagi Pengarah Urusan Mydin,  Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin menerusi satu perkongsian menyatakan dia lebih selesa makan di restoran biasa.

“Selepas terawih, menikmati tosei yang bagus dan secawan teh tarik kurang kurang kurang manis bersama pasangan saya.

“Perkara ringkas dalam hidup sangat memuaskan. Menikmatinya lebih dari buka puasa bufet 5 bintang (satu pun tak pergi tahun ini, rasa membazir),” tulisnya.

Dalam pada itu, ramai netizen yang memberi pujian kepada pemilik gedung pasar raya terbesar di Malaysia itu dan bersetuju dengan apa yang dikatakannya.

Malah, mereka turut meluahkan rasa kagum terhadap beliau yang lebih memilih untuk menikmati hidangan di restoran biasa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
9
+1
2
+1
1
+1
2
+1
1
+1
1
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button