Cerita ArtisHiburan

“Raya Di Perth Meriah Seperti Di Malaysia” – Zahirah Macwilson

Pelakon Zahirah Macwilson menyatakan kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Perth, Australia sama meriah dengan di Malaysia.

Zahirah ketika ini sudah pun berada di Perth untuk sambutan hari raya bersama ibu, bapa tiri dan adik-beradiknya yang menetap di sana.

“Sambutan Aidilfitri di Perth sama meriah seperti di Malaysia memandangkan ramai orang Melayu di sana. Kami juga akan pergi solat raya dan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga.

“Untuk sambutan Aidilfitri kali ini saya sediakan lima pasang baju sahaja memandangkan raya kelima saya dah balik semula ke Malaysia,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Menurut Zahirah, menu air tangan ibunya, Maslinda Yusoff antara yang paling ditunggu-tunggu olehnya, selain dapat berkumpul dengan semua sanak saudara di bumi Kanggaru itu.

“Yang paling saya tak sabar nak makan tentunya lontong air tangan ibu tercinta. Saya juga tak sabar nak berkumpul dengan adik-beradik, sanak-saudara dan rakan-rakan yang kesemuanya menetap di sana,” katanya.

Sementara itu, Zahirah bakal muncul dengan drama bersiri terbaharu berjudul Jangan Benci Cintaku menerusi slot Akasia TV3 yang akan ditayangkan dalam masa terdekat. Menerusi naskhah itu, Zahirah bergandingan dengan Saharul Ridzwan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button