Cerita ArtisHiburan

Rebecca Bagi Nama Nor Ahmet Al-Reaggan Untuk Anak Kelimanya

Selamat melahirkan cahaya mata kelima pada 18 Julai lalu, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam akhirnya menamakan anak lelakinya dengan nama Nor Ahmet Al-Reaggan.

Menerusi perkongsian di Instagram anaknya, Rebecca berkata nama Nor Ahmet merupakan gabungan namanya dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman.

“AR – Gabungan nama dan mummy saya, Azam Rebecca dan korang boleh panggil saya Ahmet Reaggan.

“Ini makna nama saya, NOR- cahaya, AHMET – sangat pantas dipuji/success. AL-REAGGAN- sangat kuat/raja muda/rajin/bekerja keras dan unik,” tulis Rebecca.

Nor Ahmet yang memiliki berat 3.3 kilogram dilahirkan secara kaedah pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Azam pada 14 Januari 2011. Mereka turut memiliki empat cahaya mata, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee dan Nor Aliff Al-Raffael serta dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu Azam. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Ahmet Reaggan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button