Cerita ArtisHiburan

Reen Rahim Dedah Bakal Berkahwin, Dapat Tajaan Majlis Perkahwinan Keseluruhan RM15 Juta

Pelakon popular, Reen Rahim mengesahkan bahawa dirinya bakal bergelar seorang isteri apabila akan mendirikan rumah tangga pada hujung bulan ini.

Reen berkata, dia sudahpun mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu dan majlis dihadiri ahli keluarga terdekat.

“Sebenarnya kami dah berkawan sejak dua tahun lalu, namun masing-masing belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga.

“Hanya sekarang ini kami ambil keputusan untuk berkahwin kerana merasakan ia adalah masa yang paling sesuai,” jelasnya yang merahsiakan tarikh perkahwinannya.

Ditanya mengenai bakal suaminya, Reen bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bakal suaminya itu.

Pelakon itu berkata, peminat hanya akan dapat menyaksikan bakal suaminya nanti pada hari pernikahan mereka untuk mengelakkan penyakit ‘ain’.

Mendedahkan bakal suaminya enam tahun lebih muda berbanding dirinya, Reen menyatakan antara yang membuatkan dirinya tertarik dengan bakal suaminya itu kerana dapat menerima dirinya seadanya.

“Saya ni jenis yang periang dan kebanyakan lelaki memang sukar untuk menerima diri saya.

“Namun, dia seorang je yang dapat menerima saya seadanya dan rasa dia memang lelaki yang paling sesuai untuk jadi teman hidup saya,” jelasnya.

Mengenai persiapan menjelang hari bahagianya yang tidak lama lagi, Reen menyatakan semuanya berjalan dengan lancar.

Ujarnya, untuk majlis nanti dia telah mendapat tajaan keseluruhan bernilai RM15 juta daripada beberapa pihak termasuk barang kemas.

“Kami bakal mengadakan tiga majlis eksklusif selama tiga hari berturut-turut.

“Saya berharap agar semua dapat mendoakan perjalanan majlis kami ini berjalan lancar dan bakal memberi inspirasi kepada bakal-bakal pengantin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button