Cerita ArtisHiburan

Reputasi Terjejas… Caprice Mahu Ambil Tindakan Saman Terhadap Nurin Afiqah


Penyanyi dan selebriti media sosial, Caprice mahu mengambil tindakan saman terhadap seorang influencer, Nurin Afiqah yang telah melanggar SOP ketika majlis berbuka puasa anjuran syarikatnya.

Caprice berkata, tindakan berkenaan dibuat setelah influencer berkenaan menyekatnya di media sosial.

“Sebab @nurinafiqaaah block kita di semua social media dan pasang lawyer, kita terpaksa ambik tindakan SAMAN for the loss of reputation towards my company @rinduraudahofficial dan majlis private kita.

“Kita sudah bagi banyak masa untuk Nurin dan pihak Nurin bekerjesama untuk mengaku salah dan buat a public statement to apologize to the anak yatim dan artis-artis lain yang terpaksa jumpa polis,” ujarnya.

Sebelum ini, Caprice berang dengan tindakan Nurin merakam gambar dan video bersama beberapa selebriti dan anak yatim di luar dewan sehingga telah menyusahkan dirinya selaku penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 sehingga menyebabkan nama rakan artis lain turut terkait sama.

Caprice berkata, sehingga kini Nurin masih bertindak mendiamkan diri sehingga dia yang perlu menjawab kepada wartawan dan pihak polis.

“Bende senang, tapi nak pasang lawyer? Ok sis. Hang yang ambik gambar, Hang yang post, Hang yang viral, Hang yang langgar SOP di luar dewan, Tapi kita kene jawab?

“Your face, your product, tapi tak nak bertanggung jawab. Kamu lupa time nak cari caprice atau artist untuk tolong promote your product, punye lah laju minta tolong. Tapi time u silap dan kita di aniaya, punye lah senyap. Sekarang nak main lawyer,” luahnya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Caprice

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
3
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button