Gaya HidupJom Makan

Restoran Kojo By 10 Gram Sediakan Juadah Berbuka Puasa Dengan Citarasa Kontemporari Pada Harga Istimewa

Ramadhan yang bakal menjelma, pastinya dinanti-nantikan oleh sekalian muslimin dan muslimat di seantero dunia.

Inilah masanya untuk duduk semeja dan berkumpul bersama ahli keluarga, mahupun sahabat handai bagi menikmati juadah berbuka puasa.

Menyedari hakikat, Ramadhan yang diraikan perlu disempurnakan dengan bersederhana, Restoran Kojo by 10 Gram yang berlokasi di Cyberjaya dan 10 Gram Vista Alam, Shah Alam, menyediakan juadah berbuka puasa bertemakan buffet tetapi pada tawaran harga yang cukup berbaloi.

Dengan hanya RM69.90, tetamu berpeluang menikmati salah satu daripada 9 hidangan utama termasuk lebih 15 pilihah sampingan lain termasuk minuman panas dan sejuk yang disediakan di 2 cawangan restoran berkenaan sepanjang Ramadhan ini.

9 hidangan utama yang boleh menjadi pilihan tetamu itu ialah:

1) Nasi “10gram” with Deep Fried Wholeleg & Sambal 2) 12 Hour Smoked Beef Brisket with BBQ sauce
3) Wood smoked lamb leg with rosmery sauce
4) Roast chicken leg with blacl pepper sausce
5) Pan-seared salmon steak with lemon butter sauce 6) Mac & cheese with crispy chicken wing
7) Nasi minyak & ayam percik with papadom
8) Kambing bakar with sambal hitam
9) Ikan Saba bakar with sambal tumis & budu.

Salah satu daripada 9 hidangan menyelerakan ini boleh anda nikmati bersama-sama juadah berbuka puasa yang lain sebagai pelengkap buffet Ramadhan di sini.

Antara hidangan berkenaan ialah, buah kurma, Karipap, Roti Jala, Tom Yam, Kuih Ketayap, Mi Goreng, Ceaser Salad, Popiah, buah-buahan dan beraneka kek, kopi, teh tarik, air sirap dan air oren.

Jadi, inilah masanya untuk makan sampai kenyang dengan pilihan juadah yang disediakan termasuk salah satu menu paling istimewa iaitu Nasi 10 Gram.

Nasi 10 Gram dilengkapi dengan Nasi Minyak istimewa dan Ayam Goreng bahagian peha, papadom dan semakin enak dinikmati bersama 2 jenis sambal pedas.

Buffet Ramadhan istimewa ini boleh didapati di Kojo, Cyberjaya
dan 10 Gram Vista Alam, Shah Alam bermula 4 Apri ini bersamaan 2 Ramadhan, dari jam 6 petang setiap hari.

Untuk tempahan sesi berbuka puasa, anda boleh hubungi/WhatsApp 011-1195 2825 Potongan harga istimewa akan diberikan kepada tatamu yang membuat tempahan awal. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button