![](https://www.kopiplanet.com/wp-content/uploads/2025/02/5c18a77f-909f-4cfa-bc9d-3bf0d139f846-780x470.jpeg)
Restoran Sisik Tawar Lebih 150 Juadah Enak Untuk Berbuka Puasa
Menawarkan lebih 150 juadah enak di lokasi atas bukit Kelab Shah Alam Selangor, Seksyen 13, kedua-dua faktor ini menjadikan Restoran Sisik sebagai pilihan berbuka puasa yang tepat.
Dari hidangan ikan patin masak tempoyak durian fresh sehingga ikan bakar, kambing gril, gulai kawah, daging salai lemak, udang dan sotong goreng tepung serta nasi kenduri, semuanya memenuhi selera.
Sisik Royal Buffet yang dibuka bermula 4 Mac pastinya pilihan terbaik apatah lagi menawarkan harga berpatutan bagi setiap pax iaitu hanya RM89 bagi pembeli earlybird dengan membuat tempahan sebelum 12 Februari ini.
Pengarah Urusan Sisik, Noralinda Norjaya, berkata ia mampu bertahan dan diikuti penggemar setia sejak beroperasi di Klang pada pada 2011 sebelum berpindah ke Shah Alam empat tahun lalu membuktikan hidangan di Sisik menjadi pilihan ramai.
“Sisik sudah tahun keempat beroperasi di Kelab Shah Alam Selangor dan ini kali pertama kami menawarkan pakej berbuka puasa kerana pada Ramadan 2023 kami hanya mengambil tempahan awal.
“Ini kerana ramai meminta kami mengadakan pakej buffet sekali gus memberi memudahan kepada pelanggan apabila lokasi ini turut dilengkapi kawasan pakir luas, surau dan tandas yang bersih.
“Kapasiti ruang Sisik juga besar dengan boleh menampung 400 pelanggan pada satu masa termasuk bilik berpenghawa dingin,” katanya.
![](https://www.kopiplanet.com/wp-content/uploads/2025/02/46b9c1ea-31ee-43d7-933d-6e63029afcd8.jpeg)
Pada masa sama, Noralinda turut mengakui trademark Sisik sebagai penyaji ikan bakar popular diteruskan apabila tukang masak berpengalaman mengril semua makanan laut di depan pengunjung.
Antaranya sotong dan udang segar bersama adunan sambal resipi turun temurun bahkan ‘bintang’ utama Sisik Royal Buffet iaitu Patin Tempoyak Air Bukit juga dijangka membuatkan pelanggan kembali ke Sisik buat kali kedua.
Juadah istimewa lain ialah nasi kenduri diacu ayam merah dan jelatah selain lauk pauk Melayu bersama aneka sambal dan pilihan seafood goreng tepung selain seleksi mi termasuk laksa dan takoyaki.
Kuih muih tradisi Melayu turut memenuhi meja manisan sebaris dengan pelbagai kek, dessert, bubur manis serta rojak buah.
![](https://www.kopiplanet.com/wp-content/uploads/2025/02/ee33a080-1390-4767-9f4d-7f6315081bf8-1024x727.jpeg)
Menurut usahawan yang berpengalaman luas dalam bidang sajian makanan itu, biarpun hari pertama berjualan sekitar 13 tahun lalu hanya mengutip RM12 ringgit, dia tidak patah semangat.
Kini, Noralinda berbesar hati apabila usaha berpasukan dengan seluruh kakitangan Sisik membuahkan hasil dengan purata jualan sehari sekitar RM30,000.
Bagi yang ingin mendapatkan harga earlybird RM89, tempahan sebelum 12 Februari 2025, harga promo RM97 tempahan sehingga sehari sebelum Ramadan berbanding harga asal untuk dewasa iaitu RM119, dan Kanak Kanak 69 ringgit. Layari www.sisikmedanikanbakar.com. – KopiPlanet.com