Cerita ArtisHiburan

Rider Kongsi Kisah Tak Sempat Makan Untuk Pastikan Tempahan Pelanggan Sampai, Fazley Yaakob Belanja Dinner

Boleh dikatakan kerjaya sebagai rider, terutama yang menghantar makanan ketika ini antara yang paling sibuk, tambahan pula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Malah, penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob turut berkongsi mengenai perbualannya bersama seorang rider.

“Last week saya terserempak dengan sorang rider, dia cakap nak makan pun tak sempat, rushing nak pastikan customer dapat order.

“Sampaikan dia cakap ‘Bila hantar Mcd tu pun, bau fries dan burger buat saya makin lapar, tapi kena sabar sampai ada waktu untuk makan’ dan ada ketikanya riders pulak yang message dalam app cakap ‘Minta maaf bang, food lambat siap!’,” kongsinya.

Pada masa sama, beliau juga mengakui bahawa semua rider berusaha untuk menjalankan tanggungjawab semata-mata demi memenuhi kehendak pelanggan.

“Basically semua rider sebenarnya berusaha bersungguh-sungguh untuk jalankan tugas demi customer,” jelasnya.

Dalam pada itu, melihat kepada kesungguhan mereka bekerja, Fazley mengambil peluang untuk belanja seorang rider beserta beberapa rakan yang lain makanan segera.

“Salam, dah dapat McD tu nanti: 1) Bantu ambil 1 set untuk diri sendiri 2) Selebihnya bahagi-bahagikan pada kawan rider yang berdekatan.

“Saya belanja dinner ya. Make sure jangan terhantar pulak pada saya yer,” kongsinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button