Cerita ArtisHiburan

“Rina… Rina Suka Hati Kau Oranglah” – Chef Wan Terkejut Serina Sudah Bernikah Di Siam


Selebriti terkenal Chef Wan mengakui terkejut dengan perkahwinan kali kedua Serina.

Menerusi kenyataan di Instagram, dia mendapat tahu perkahwinan tersebut menerusi gambar yang dihantar kakaknya.

“My sister just sent me this photo. ‘Anak kau dah kawin kau tak tahu? Dia umum kan lagi didalam IG’. I was shocked. Last 2 week she insisted nak nikah juga sebelum puasa. She said ‘Rina dah nikah di Siam pun Pa!’

“My heart was striked by lightning ketika itu. Nak nikah rumah Papa untuk urusan nikah semula in Msia aja. Terus saya tak pun jawab apa yg she said. Dulu pun dia memalu kan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu,” luahnya.

Ujar Chef Wan, setelah apa yang berlaku di belakangnya setelah segala nasihat diberikan, dia tidak terkejut dengan perkara berkenaan.

Jelasnya, sebagai seorang bapa apa yang dilakukannya itu adalah perkara yang paling mengecewakan buat dirinya.

“Saya tak melarang pun dia nikah. Pi Nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya dont u think bagus budi bahasa anak jenis begini?

“ And now this? Rina….Rina suka hati kau orang lah. Kau orang pun dah tua masing-masing tahu dan bertanggung jawab dengan apa yg kau orang lakukan ini semua especially behind my back.

“As much as u have hurt me i will still swollow aja. Baik apa pun i wished u both a happy marriage. At this point i am sure any parent would share the same feeling that i am feeling now.😭😭 Kita doa kan terbaik dan amin kan pernikahan mereka ini sudah lah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
3
+1
1
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button