Cerita ArtisHiburan

“Rindu Dan Sayang Ini Akan Sentiasa Mekar Di Hati…” – Shuib Titip Kata-Kata Genap Dua Tahun Pemergian Siti Sarah

Biarpun sudah dua tahun kehilangan Allahyarham Siti Sarah, ternyata pelawak dan usahawan Shuib dilihat tetap tidak melupakan isteri tercintanya itu.

Malah, Shuib telah menitipkan kata-kata di akaun Instagram miliknya sempena dua tahun pemergian arwah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

“Bismillah… Harini 9 Ogos 2023 genap 2 tahun pemergian Siti Sarah Bt Raissuddin. InsyaAllah berapa lama pon lagi, Rindu dan sayang ini akan sentiasa mekar di hati.

“InsyaAllah kita sekeluarga akan jumpa di Syurga nanti,Amin ya Rab.Mohon sedekahkan Al Fatihah buat 
SITI SARAH BT RAISSUDIN.AL FATIHAH,” tulisnya.

Pada posting berkenaan, Shuib memuat naik video foto bersama arwah ketika berada di Jabal Rahmah sewaktu menunaikan ibadah umrah di Makkah dengan berlatar belakangkan lagu nyanyian Sarah berjudul Kesetiaan.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 setelah dijangkiti Covid-19 selepas beberapa hari melahirkan anak bongsu iaitu Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 6.

Kemudian pada 23 Jun lalu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan usahawan Watie Hanifiah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button