Cerita ArtisHiburan

Risau Terambil Hak Parking Orang Lain, Syahmi Sazli Hentikan Perniagaan Jualan Air Balang

Setelah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak Ramadan lalu, pengarah dan pelakon Syahmi Sazli menghentikan perniagaan jualan air balang.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Syahmi memberikan alasannya untuk menghentikan perniagaan yang diusahakannya itu.

“Salam semua. Ni ado berita pasal kedai air balang Mi ni… Mengambil kira beberapa faktor antaranya adalah parking (Mi risau terambil hak parking orang lain).

“Faktor lain lagi, Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini. Jadi, last Mi jual adalah esok (Khamis),” ujarnya.

Sebelum ini, perniagaan yang diusahakan oleh Syahmi sejak Ramadan lalu di hadapan pejabatnya di Kubang Kerian, Kelantan mendapat sambutan hangat.

Dalam pada itu, pengarah filem Mael Totey itu juga menyatakan dia akan kembali menjalankan perniagaan air balangnya di kedai yang lebih besar.

“Insya-Allah ada rezeki depan hari, Mi akan buka dengan kedai yang lebih besar dan selesa. Terima kasih semua yang pernah mengunjungi kedai air balang Mi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
3
+1
2
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button