Cerita ArtisHiburan

Setelah Tertangguh, Risteena Munim & Isa Khan Umum Bakal Berkahwin Pada 12 Mac Ini

Pasangan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 12 Mac ini.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Risteena menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya.

“Dia memberikan kita hati, suci untuk cinta. Bukan bisa untuk membenci, dengki dan dusta. Aku tercari cari, di mana cinta abadi. Sampai saat yang di nanti, cinta bermula di sini. @theisakhan .

“Assalamualaikum Wbt. Kepada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri kami, mohon doakan agar urusan Ijab & Qabul kami yang akan berlangsung pada 12/3/21 nanti di permudahkan. Amin Yra,” tulisnya.

Baca: Risteena Munim & Isa Khan Terpaksa Tangguh Nikah Kerana Pandemik Covid-19

Pasangan berkenaan sebelum ini sudah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 setelah lima bulan berkenalan.

Bagaimanapun, mereka yang sepatutnya nikah pada 20 November lalu terpaksa menangguhkannya berikutan pandemik Covid-19 yang sedang melanda. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button