Cerita ArtisHiburan

Risteena Munim Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Isa Khan

Pelakon Risteena Munim dan Isa Khan akhirnya telah sah bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Dengan hanya dengan sekali lafaz sahaja, majlis akad nikah pasangan berkenaan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.40 pagi.

Menerusi Instagram Live yang dibuat di akaun Risteena, pelakon itu turut meluahkan rasa syukur selepas semuanya berjalan dengan lancar.

Pada majlis pernikahan tersebut, Risteena dan Isa memilih untuk mengenakan persalinan putih pereka fesyen Ezuwan Ismail.

Menerusi video yang dikongsikan juga, dapat dilihat majlis itu hanya dihadiri oleh anggota keluarga termasuklah adik Risteena iaitu pelakon, Ruhainies.

Sebelum ini, pasangan berkenaan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Mereka yang sepatutnya bernikah pada 21 November lalu terpaksa mengangguhkannya berikutan pandemik Covid-19. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button