Cerita ArtisHiburan

Risteena Munim Tegaskan Pergi Ke Sabah Dengan Suami Atas Urusan Kerja, Sudah Dapatkan Surat Merentas Negeri

Pelakon Risteena Munim menegaskan tujuan dia pergi ke Sabah bersama suaminya, Isa Khan adalah atas urusan kerja.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas untuk tujuan kerja.

“Saya yakin pihak polis lebih arif, jadi saya fikir tak perlu post tentang kerja di IG saya hanya untuk puaskan hati semua orang,” jelasnya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan pasangan tersebut pergi ke Sabah untuk berbulan madu.

Berikutan itu, Risteena dan Isa telah dikecam memandangkan merentas negeri masih lagi tidak dibenarkan, kecuali atas-atas sebab tertentu dan mendapat kebenaran polis. 

Ujarnya, dia juga meminta agar semua pihak membuat spekulasi yang tidak betul. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
7
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button