Cerita ArtisHiburan

Rita Rudaini Kongsi Gambar 10 Years Challenge Bersama Bekas Suami

Pelakon cantik Rita Rudaini memuat naik gambar 10 years challenge bersama bekas suami setelah peminat setia meminta untuk menyahut cabaran tersebut.

Menerusi laman Instagram milik Rita, 43, terdapat banyak perubahan yang berlaku terhadap dirinya daripada segi pengajaran dan pengalaman sepanjang menjadi ibu tunggal.

“Ramai Direct Message (DM) sisturr mintak sisturr buat #10yearchallenge. Alahaiii, sisturr segan sebenarnya. Nah! Ni #10yearchallenge sisturr, nak buat lagu mana, dah tahun 2009 tu pic sistur masih ada suami. Tak ada plak pic sistur single. Nak tutup or crop tak sampai hati sebab masih hidup. Tak apalah, tak salah pun, kenangan 2009 tak boleh diubah dan tak boleh di padam kan.

“Jadikan sebagai satu perjalanan hidup yang penuh pengajaran dan kenangan. Amacam #10yearchallenge sisturr? Banyak perubahan tak? Sama je kan dulu bertiga sekarang pun bertiga juga. Ini baru betul PICTURE #10yearchallenge tau. Sisturr tak ada nak letak pic tipu punya looohh. THE END,” tulisnya.

Rata-rata peminat dan pengikut memuji kecantikan Rita yang masih sama sewaktu 10 tahun yang lalu dan mendoakan agar pelakon itu masih kuat dan bersemangat membesarkan dua orang anak lelakinya.

Sebelum ini, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai berita TV3 Akbar Shaari pada 1999 namun bercerai pada 2001 tanpa dikurniakan cahaya mata.

Selepas itu, Rita berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun . Namun, hubungan mereka tidak kekal lama apabila disahkan bercerai pada 2013. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button