AntarabangsaHollywood

Robert Pattinson Putus Tunang Dengan FKA Twigs

Pelakon Robert Pattinson kini kembali solo selepas dikhabarkan sudah putus tunang dengan FKA Twigs.

Robert mula berpacaran dengan FKA atau nama sebenarnya Tahliah Barnett pada September 2014 dan kemudiannya bertunang tujuh bulan selepas itu.

Menurut sumber terdekat dengan aktor itu, Robert dipercayai memutuskan hubungan mereka selepas merasakan sudah tiada lagi keserasian di antara kedua-duanya.

Robert sebelum ini pernah bercinta dengan heroin Twilight, Kristen Stewart namun berpisah selepas aktres itu berlaku curang dengan pengarah filem Snow White And The Huntsman, Rupert Sanders.

Dalam perkembangan karier, Robert kini dilaporkan sedang sibuk dengan penggambaran filem bergenre sains fiksyen, High Life. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button