EventHiburan

Rockstar Junior… Tomok Sedia Berdepan Kritikan

Penyanyi Tomok menyatakan dia dan isteri, Rahayu Abas bersedia menerima kritikan orang ramai berhubung program realiti TV, Rockstar Junior yang menampilkan kedua-dua anak lelakinya, Arrian dan Andra.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 33, jika sebelum ini dia tidak pernah melakukan sebarang sesi penggambaran melibatkan keluarga kecilnya, namun kali ini dia terbuka hati untuk berkongsi kepada umum.

“Selama ini pun memang saya dedahkan anak-anak dalam Instagram. Cuma untuk keluar photoshoot, memang saya tak pernah buat lagi setakat ini. Sekarang Astro sudah beri peluang dan saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai sekali (untuk ada program realiti anak-anak Tomok).

“Bagi saya Rockstar Junior bukan satu program keluarga yang biasa kerana di samping nak tunjuk kehidupan seharian saya sekeluarga, saya juga nak tunjuk nilai-nilai positif kepada orang ramai apabila menonton rancangan ini. Saya juga bersedia dengan segala kritikan. Saya dah lama dalam bidang ini, dah macam-macam saya lalui. Benda itu (kritikan) tak jadi masalah buat saya,” ujarnya.

Tomok ditemui ketika majlis pelancaran program realiti TV Rockstar Junior yang diadakan di Red Box, The Gardens yang berlangsung semalam.

Menurut penyanyi berkenaan, meskipun bersetuju untuk berkongsi aktiviti harian anak-anaknya di kaca televisyen, namun Tomok tetap memastikan keselamatan kedua-dua ‘heronya’ itu dititik beratkan oleh pihak produksi.

“Sejak dahulu lagi saya ambil berat tentang keselamatan anak-anak. Misalnya dalam rancangan ini, saya tidak mahu dedahkan lokasi Arrian bersekolah bagi menjaga keselamatan anak-anak saya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Tomok turut mendedahkan dia memang mendapat banyak tawaran daripada pelbagai pihak untuk mengetengahkan anaknya di pentas hiburan, tetapi dia memilih untuk menjadi selektif apabila melibatkan hal tersebut.

“Saya memang sangat memilih dan sudah anyak tawaran sebelum ini saya tolak. Bukan apa, sebabnya saya tak nak anak-anak saya hilang zaman bermain, zaman kanak-kanak mereka.

“Macam Rockstar Junior ini, ia platform yang sekali-sekala jadi kita terima dan bersesuaian dengan komitmen yang perlu diluangkan kami sekeluarga,” katanya lagi.

Rockstar Junior yang memulakan penggambarannya pada bulan Ogos lalu bakal memaparkan tips keibubapaan yang diamalkan Tomok dan isteri dalam mendidik anak mereka, Arrianshah Akid, 5, dan Andrashah Iman, 2.

Yang menariknya, Arrian dan Andra turut sama menyumbangkan suara dalam lagu tema program ini iaitu Rockstar Junior yang dinyanyikan Tomok.

Rockstar Junior akan bersiaran pada setiap Rabu mulai 11 Oktober ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).  Program berdurasi 30 minit itu juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro Go dan ‘On Demand’. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button