Cerita ArtisHiburan

Rosyam Nor Mahu Pelakon Sendiri Yang Tolak Jika Ditawarkan Berlakon Sekiranya Belum Lengkapkan Vaksinasi Atau Anti Vaksin

Penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor menyarankan supaya pelakon sendiri yang menolak tawaran berlakon sekiranya belum melengkapkan vaksinasi atau anti vaksin.

Rosyam berkata, seluruh rakyat sudah berhadapan dengan masalah kehidupan serta ekonomi dan inilah masanya semua pihak perlu saling bekerjasama dan patuh kepada arahan yang ditetapkan.

“Apabila ada peluang untuk menjana semula ekonomi, saya harap semua orang patuh dan sama-sama bekerjama dałam menghadapi pandemik ini.

“Kalau pelakon itu anti vaksin atau belum, sepatutnya mereka sendiri yang ambil keputusan untuk tolak atau tarik diri sekiranya ditawarkan berlakon,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual pelancaran wajah baharu saluran TV9 yang berlangsung hari ini.

Sebelum ini, pelakon veteran popular Fauziah Nawi mendedahkan tindakan segelintir penerbit yang masih mengambil pelakon yang menolak vaksin dan belum melengkapkan vaksin untuk berlakon.

Fauziah juga menegaskan bahawa penerbit sebegitu tidak boleh mementingkan diri sehingga boleh mengakibatkan kebenaran untuk penggambaran ditarik balik.

Pada masa sama, Rosyam menegaskan bahawa pelakon sedemikian tidak menyusahkan orang lain yang betul-betul memerlukan pekerjaan sekarang.

“Kalau seseorang pelakon tu tak nak vaksin, kita pun tak marah. Cuma janganlah nak menyusahkan orang lain kerana kita nak bekerja dalam keadaan selamat dan gembira,” ujarnya.

Sementara itu, Rosyam akan tampil dengan sebuah program baharu iaitu Sembang Viral, sebuah kapsul berdurasi 10 minit yang dihoskan olehnya bersama Fedtri Yahya.

Bakal bersiaran pada setiap hari pukul 7.30 malam bermula 13 September 2021, mereka akan membincangkan isu- isu yang dikongsikan netizen di media sosial dari perspektif Islam secara santai bersama-sama dengan ahli panel jemputan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Datuk Rosyam Nor

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button