Cerita ArtisHiburan

Rumah Dirompak, Iqram Dinzly Hilang Jam Tangan RM10,000

Pelakon Iqram Dinzly baru-baru ini menerusi laman Instagramnya berkongsikan gambar kediamannya di Kota Damansara telah dipecah masuk sehingga melibatkan kerugian ribu ringgit.

Menerusi kapsyen di gambarnya, barangan yang sempat dirembat perompak adalah jam jenama mewah Claudia Patrick yang berharga RM10,000, jam G-Shock dan Guess, telefon pintar iPhone 6 dan komputer riba kepunyaan arwah bapanya.

Walaupun berhadapan dengan insiden malang itu, namun Iqram tetap positif dengan ujian yang menimpanya.

“Walau apa pun, tak perlu berontak. Hanya syukuri ujian dan dugaan Allah dengan serentak kita sabar lagi gempak,” tulisnya.

Selepas memuat naik posting tersebut, Iqram turut berkongsi satu lagi foto yang mana menunjukkan keretanya model Honda CRV mengalami kemalangan di bahagian bumper hadapan.

“Apabila diri terlalu penat dan mengantuk maka terhentaklah di tembok dan isteri (kereta) aku cedera terluka sebegini.

“Satu persatu latihan tubi yang diberi dan semakin hari semakin ku sedari, sekiranya jadi maka jadilah ia dan usah pertikaikan lagi kerana semua ini adalah suratan takdir Ilahi.

“Yang perlu kita amati, apa yang kita telah berbakti? Bagaimana hidup hendak diberkati? Jawapannya sabar, tenang dan tawakal,” luah pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu.

Nama Iqram sejak kebelakangan ini menjadi panas disebabkan videonya beraksi separa lucah menjadi bualan netizen selain perbuatannya yang sering muncul dalam persembahan live rakan selebriti lain turut mendapat tumpuan umum. – KopiPlanet.com

Kredit foto:  Instagram Iqram Dinzly

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button