HiburanSelebriti

Sajat Akhirnya Ditahan Pihak Imigresen Thailand Ketika Serbuan Di Sebuah Kondominium Di Bangkok

Setelah menghilangkan diri dalam tempoh yang agak lama, akhirnya usahawan kontroversi Sajat telah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Menerusi laporan portal akhbar Harian Metro, usahawan berkenaan ditahan di sebuah kondominium di Bangkok bersama seorang lelaki yang berperwatakan wanita.

Dalam laporan berkenaan menyatakan berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen negara berkenaan.

“Pada 4 Jun lalu, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah-tengah kota Bangkok. Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar pukul 6.00 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya.

“Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” ujar sumber yang memberikan maklumat berkenaan.

Jelas sumber itu lagi, Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara tersebut.

“Sajat didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September atas kesalahan itu, bagaimanapun dia dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Sajat,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya di manakah Sajat kini berada, sumber tersebut memaklumkan usahawan berkenaan masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

“Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari,” katanya.

Sumber itu turut menjelaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Harian Metro

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
0
+1
3
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button