HiburanSelebriti

Sajat Kini Sudah Berhijrah Ke Australia, Ambil Keputusan ‘Bercerai Talak Tiga’ Dengan Malaysia

Usahawan sensasi yang sebelum ini menjadi pelarian, Sajat kini mendedahkan bahawa dia kini sudah pun berhijrah ke Australia.

Menerusi satu perkongsian video secara live malam tadi, Sajat menyatakan dia sudah ‘bercerai talak tiga’ dengan Malaysia dan tidak akan kembali lagi ke negara ini.

“Kita tak lari, kita berhijrahlah. Tak baik kata kita lari you all yang kata kita lari tak boleh terima hakikatkan.

“Saya berasa sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi diri sendiri,” katanya.

Dia berkata demikian semasa sesi soal jawab bersama pengikutnya sewaktu sesi live berkenaan.

Pada masa sama, Sajat juga menyatakan dia sudah merancang untuk kembali menjalankan perniagaannya di negara berkenaan setelah menjual semua perniagaannya di Malaysia.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status agamanya, Sajat menjelaskan bahawa dirinya kini masih lagi seorang muslim.

“I rasa kalau I masih Islam, biarlah you dengan Islam you (kamu). This is more respect. Tak perlulah you nak judge I ke apa ke. Kita hormat satu sama lain,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button