AntarabangsaHollywood

Sam Smith Akui Kecewa Putus Cinta Dengan Pasangan Gay

Penyanyi Sam Smith akhirnya mengakui dia sudah putus cinta dengan pasangan sejenis, pelakon siri 13 Reasons Why, Brandon Flynn ketika menjayakan konsert di New York, semalam.

Sam secara bersahaja membuat kenyataan itu di hadapan puluhan ribu peminatnya di Barclays Center, New York dengan mengatakan dia kini sedang menghadapi waktu yang sukar.

“Saya tahu ramai di sini mempunyai masalah atau kesulitan sebab saya juga sedang alaminya kini.

“Malam ini saya nak kita lupakan seketika permasalahan yang melanda dan hiburkan hati kita. Jom menyanyi sekuat hati anda,” katanya.

Sam dan Brandon, 24, mula menjalinkan perhubungan sejak sembilan bulan lalu.

Kali terakhir pasangan ini dilihat bersama pada dua minggu lalu ketika keduanya bersantai di Beverly Hills.

Pelantun lagu Stay With Me itu dikatakan sangat sedih dan patah hati apabila hubungannya dengan aktor itu berakhir di tengah jalan.

Sam, 26, kini terlibat dalam konsert jelajah di seluruh Amerika Syarikat bagi mempromosikan album keduanya, The Thrill Of It All. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button