Cerita ArtisHiburan

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-34, Elyana Mohon Doa Agar Dia Dan Keluarga Diberikan Kesihatan Yang Baik

Penyanyi popular Elyana menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada hari ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elyana dilihat memegang sebiji kek untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya itu

“5 July 2021… Hari lahir saya yang ke 34 tahun.

“Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat.
Amin Ya Rabbalalamin,” ujarnya.

Ketika ini, umum sudah mengetahui mengenai keadaan Elyana yang kini menghidapi penyakit kanser limfoma.

Malah, penyanyi berkenaan juga banyak berkongsi ketika dirinya sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Dalam pada itu, rata-rata rakan artis dan peminat turut memberikan ucapan hari jadi kepadanya. – KopiPlanet.com

**Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button