Gosip PanasHiburan

Sanjna Suri & Jazmy Juma Didakwa Ada Hubungan Istimewa, Curang Dengan Pasangan Masing-Masing

Bintang pelakon filem Pulau, Sanjna Suri dan Jazmy Juma didakwa sedang hangat menjalin hubungan istimewa.

Menerusi gambar yang dihantar kepada KopiPlanet.com, kedua-dua pelakon ini dilihat tampil dalam keadaan yang cukup mesra dan romantis di sebuah lokasi.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan tanda tanya apabila kedua-duanya sebenarnya dikatakan sudah mempunyai teman istimewa.

Ia sekaligus menimbulkan dakwaan yang mengatakan Sanjna dan Jazmy curang dengan pasangan masing-masing.

Namun begitu, sehingga kini kedua-duanya belum tampil membuat sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Kedua-dua pelakon itu akan tampil dalam filem Pulau yang akan ditayangkan di pawagam mulai 9 Mac ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button