HiburanSelebriti

“Satu Komposer Pergi, Sejuta Datang!” – Aliff Syukri Bidas Amy Ukays Enggan Buat Lagu Raya Untuknya

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri membidas komposer Amy Ukays yang enggan lagi bekerjasama dalam menghasilkan lagu sempena Aidilfitri untuk dirinya.

Dalam satu perkongsian video, Aliff melemparkan kata-kata kesal kepada komposer berkenaan yang didakwa cemburu terhadap vokalnya yang dikatakan sedap.

“Kau tak nak buat lagu untuk aku, satu komposer pergi, sejuta datang! Belambak dekat Malaysia ni! Aku telefon tanya offer, kau nak buat Alhamdulillah. Kau tak nak buat, tak payah nak kecoh!

“Aku tahu sebenarnya kau cemburu sebab suara aku ni sedap, sebab banyak komposer-komposer dekat luar tu nak buat lagu untuk aku,” tegasnya.

Sebelum ini, dalam satu temubual bersama sebuah portal, Amy menyatakan antara sebab dia tidak mahu lagi menghasilkan lagu untuk Aliff apabila usahawan itu mendakwa dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara.

Pada masa sama, usahawan itu masih tetap dengan pendirannya untuk terus merakamkan lagu Raya dengan penuh keyakinan akan trending di seluruh media sosial.

“Saya akan buktikan pada awak! Walaupun saya tak ambil awak sebagai komposer pun lagu saya tetap akan trending!” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button