Cerita ArtisGosip Panas

“Saya Bukan Seorang Kuat Cemburu” – Suami Akui Tak Kisah Elizabeth Tan Selalu Terima Komen-Komen Lucah

Tidak dinafikan penyanyi popular Elizabeth Tan kerana menerima komen-komen lucah di media sosial.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan mengenai perkara tersebut, suaminya iaitu Siew Jim menyatakan tidak kisah mengenai perkara berkenaan.

“Secara jujurnya zero persen (kosong peratus) kerana saya tidak berasa cemburu dan tidak kisah langsung dengan komen-komen lucah berkenaan.

“Sekiranya anda rasa komen-komen tersebut tidak sensitif, kami berdua lagi tidak sensitif. Saya bukanlah jenis seorang yang kuat cemburu,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukan peminat menerusi perkongsian video di Instagram.

Selain soalan berkenaan, pasangan tersebut juga menjawab tentang detik perkenalan mereka berdua sebelum ini.

Elizabeth berkata, pertemuan mereka kali pertama berlaku di sebuah bar pada tahun 2014.

“Ketika itu saya masih ada kekasih lagi, jadi kami tidaklah rapat dan berborak sangat.

“Kalau ikutkan kami tidak pernah bercakap selama tiga tahun, selepas itu barulah kami berhubung semula menerusi media sosial,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button