Cerita ArtisHiburan

“Saya Kahwin Dengan Dia Untuk Dia Jaga Anak-Anak & Saya…” Shuib Tidak Benarkan Watie Ceburi Bidang Seni

Pelawak dan usahawan popular, Shuib menyatakan dia tidak membenarkan bakal isterinya, Watie Hanifiah terbabit dengan bidang seni selepas mereka berkahwin.

Shuib berkata, setelah mendirikan rumah tangga nanti, dia mahu Watie memberikan sepenuh tumpuan untuk menjaga dia dan anak-anaknya.

“Tidak… tidak sama sekali. Saya kahwin dengan dia untuk dia jaga anak-anak dan saya. Fokusnya adalah itu.

“Namun kalau ada rezeki untuk posting di media sosial, benda-benda yang simple. Kalau tak perlukan komiteen yang tinggi, saya tiada masalah,” ujarnya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam sidang media berkenaan, Shuib mengumumkan mereka akan mendirikan rumah tangga pada 23 Jun ini setelah mengikat tali pertunangan pada 5 Mei lalu.

Sementara itu, Shuib yang juga penyampai radio Suria FM tidak menolak kemungkinan untuk menjalankan perniagaan bersama-sama dengan Watie.

“Macam ada sebab dia (Watie) pun pernah terlibat dengan bidang perniagaan dan itu antara yang buat saya tertarik dengan dia.

“Perkara ini tidak mustahil kalau ada rezeki pada masa akan datang. Yang pasti untuk mengembangkan perniagaan yang ada sekarang ini saya akan gunakan dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Astro mempersembahkan rancangan siri mini terbaharu yang memaparkan detik-detik manis dua bakal mempelai yang akan disatukan dalam ‘Walimatulurus Shuib & Watie’.

Program istimewa ini akan menemui para penonton pada 24 Jun ini di saluran Astro Ria dan akan disiarkan sebanyak tiga episod. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button