HiburanSelebriti

“Saya Sudah Batalkan Segala Tempahan Dewan Hotel “- Iqbal Tak Jadi Kahwin Dengan Dato Seri Vida?

Usahawan selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli menyatakan dia sudah membatalkan segala tempahan dewan hotel untuk upacara perkahwinannya dengan Dato Seri Vida.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Iqbal juga menyatakan dia sudah dua minggu tidak berhubung dengan usahawan berkenaan.

“Tidak henti lagi dari mulut Dato Seri Vida mengatakan kami akan berkahwin. Setiap hari, setiap kali beliau live saya lihat.

“Cukup-cukuplah pergunakan masyarakat, saya dengannya sudah dua minggu tidak berhubung. Saya telah batalkan segala tempahan dewan hotel. Kasihan, tidak hanya saya rasa dipermainkan, malahan masyarakat juga menjadi keliru,” luahnya.

Sebelum ini, Iqbal dan Dato Seri Vida dikatakan akan berkahwin pada bulan Disember ini.

Bagaimanapun, hubungan mereka seperti mendapat halangan apabila tidak mendapat restu anak-anak Dato Seri Vida iaitu Cik B dan kacak.

Dalam pada itu, Iqbal juga meluahkan rasa kekecewaannya apabila usahawan berkenaan menyebarkan cerita tidak benar sehingga menimbulkan salah faham orang ramai terhadap dirinya.

“Bertahun-tahun saya tidak pernah sesekali sebarkan, tetapi apabila semakin hari semakin merebak, saya harus pertahankan diri saya,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
3
+1
1
+1
9
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button