Cerita ArtisHiburan

“Saya Suka Dia Sebab Dia Tak Poyo,” – Adlin Aman Ramlie Akui Tiada Masalah Dengan ‘Ustaz Tido’

Pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan seorang penceramah motivasi bernama Khailil Razak atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Tido’.

Adlin berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah persepsi segelintir netizen yang beranggapan dia dengan individu berkenaan bermasalah apabila dia bertanyakan tentang gelaran ‘ustaz’ yang dipegang.

“Saya memang langsung tiada masalah dengan Ustaz Tido, malah kami memang ada perancangan dalam perniagaan pada masa akan datang.

“Pada saya Ustaz Tido ni dia mengaji pandai, bacaannya betul…. tapi dia berniaga pun iya, bergurau pun iya…. dia memang pandai bergurau, saya suka dengan dia sebab dia tak poyo,” ujarnya.

Adlin berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Merewang Keluarga Pak Awang yang berlangsung baru-baru ini.

Diarahkan sendiri olehnya, ia turut membabitkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Adriana Adnan, Sabri Yunos, Fabian Loo dan ramai lagi serta akan ditayangkan di Astro First mulai 12 Bulai ini.

Sebelum ini, menerusi satu sesi live di media sosial, Adlin ada bertanyakan tentang gelaran ustaz yang dibawa oleh individu berkenaan sehingga ramai menyangka mereka ada masalah antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Adlin menyatakan apa yang ditanyakan itu adalah seperti perbincangan biasa dan dia sekadar ingin tahu sahaja.

“Saya cuma nak tahu, kenapa dia pakai gelaran ustaz, dengan tujuan apa… macam mana boleh dapat? Kalau ada ustaz-ustaz yang melihat terasa, mereka memang kena terasa.

“Mengenai saya dengan Ustaz Tido ini, ia cuma orang sekadar nak memperbesar-besarkannya, tetapi ia adalah perbincangan yang bagus,” ujarnya.

Menurut Adlin, dia tidak jika ada mana-mana individu yang mahu menggunakan apa sahaja gelaran, asalkan tidak menipu orang lain dengan gelaran yang dibawa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button