HiburanSelebriti

“Saya Tak Nak Masuk Campur Hal Personal Orang Lain” – Aliff Syukri Jawab Kritikan Netizen Gara-Gara Ambil Ira Kazar Jadi Model Tudung

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri menegaskan dia tidak menyokong dan menyebelahi mana-mana pihak berhubung isu yang berlaku antara pelakon Puteri Sarah dan Ira Kazar.

Dalam satu posting di akaun Instagram miliknya, dia tidak mahu mencampuri urusan kedua-duanya dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

“Kenapa tak ambik ps (Puteri Sarah)? Kenapa nak kecam saya?? Kenapa ambik ira? Apa salah saya sebenarnya saya tak nak masuk campur hal personal orang lain.. Bagi saya-saya doakan yang terbaik untuk mereka..

“Maklumlah kita tak tahu apa yg mereka alami.. Bagi saya siapalah kita untuk menilai seseorang… Kita sendiri tak tahu apa nasib kita di penghujung hari… Saya hanya bersikap profesional dalam bisnes sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, ada segelintir netizen yang bertindak mahu memboikot Aliff apabila usahawan itu mengambil Ira untuk menjadi model tudung miliknya.

Dalam pada itu, usahawan berkenaan juga mendedahkan bahawa sebelum ini dia juga pernah mengambil Puteri Sarah menjadi model tudung miliknya serta memberi pujian terhadap pelakon berkenaan.

“Apa pun bagi saya @puterisarahliyana juga Ada kecantikannya,aura tersendiri sebab tu @as.hijabofficial pernah bekerjasama dgn beliau.

“Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.. ramai yang suka tudung sarung yang dia pakai .. kalau suka dengan pic dan vedio ni jangan lupa komen ❤️❤️ banyak-banyak yaa,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button