Cerita ArtisHiburan

“Saya Tak Pergi Kelab Selepas Menang Dewi Remaja,” – Haneesya Hanee Kesal Cerita Raikan Kemenangan Di Kelab Malam Kembali Diungkit

Pelakon dan model Haneesya Hanee meluahkan rasa kesalnya berhubung dirinya kembali dikaitkan meraikan kemenangan di kelab malam ketika muncul pemenang Dewi Remaja.

Haneesya berkata, sudah bertahun diam mendiamkan mengenai perkara berkenaan.

“Assalamualaikum, dah bertahun saya diam pasal benda ni. Tapi saya dah penat la dengan benda tak betul macam ni. Tapi kat sini saya nak betulkan SATU benda je. Saya tak pegi club selepas menang Dewi Remaja.

“Lepas menang saya balik with my mom n 2 friends. Kitaorg pegi makan McDonald’s sebelah Astro tu, pegi check CCTV lepas tu I balik tido sebab penat sangat-sangat,” jelasnya.

Menurut Haneesya, dia sendiri tidak mengetahui siapa pihak yang membuat cerita dia pergi ke kelab malam selepas muncul pemenang.

Malah, dia mengakui bahawa video yang tersebar itu adalah video lama dan ia berlaku sebelum dia memenangi pertandingan berkenaan.

“Siapa yang buat cerita pegi club lepas menang tu saya tak tahu. Video tu video lama. Dah 2 bulan kot video tu di ambik. It all happened before I won Dewi. Sebelum korang nak datang kat social media aku ckp cam ni, tak kesah tua ke muda ke, get your facts right. Ini dah FITNAH.

“Ye betul aku buat salah, aku cuba nak jadi baik ni yang korang kecoh nak ungkit balik kenapa? Nak sangat tengok aku pegi club lagi ke? Org macam korang ni la PUNCA orang yang nak jadi baik tak nak jadi baik. Sebab mulut korang la. I don’t care how old you are, but if u act like this I have no respect for u. What is wrong is wrong what is right is right,” tegasnya.

Dalam pada itu, Haneesya juga berharap agar tiada lagi timbul salah faham berkaitan perkara tersebut.

Tegasnya lagi, dia bukan mahu melayan netizen yang mengungkit perkara berkenaan, sebaliknya mahu menegakkan perkara yang benar.

“I really hope dh tak Ada salah fhm pasal kes Dewi ni ye. Kalau tak suka sngt ngan saya boleh block terus.

“I want to be a better version of myself but pls don’t push me to the wall.
Ni bukan masalah i layan netizen, THIS IS ME STANDING FOR MY RIGHT. I DID NOT GO TO THE CLUB AFTER WINNING DEWI REMAJA,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Haneesya Hanee

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button