HiburanSelebriti

“Saya Tidak Pernah Ada Skandal…” – Dapat Hadiah Jam Rolex Berharga RM100,000, Iqbal Zulkefli Disangka ‘Anak Ikan’ Datin Reena

Gara-gara mendapat hadiah berupa seutas jam jenama Rolex berharga RM100,000, usahawan dan penyanyi Iqbal Zulkefli disangka ‘anak ikan’ kepada Datin Reena.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya, Iqbal menyatakan dia mahu mana-mana pihak menyelidiki terlebih dahulu tentang kisah kehidupannya.

“Sampai ada yang kata saya ‘anak ikan’ Datin @reenazach. Ikuti IG Datin Reena dan tanya sendiri bagaimana kisah sebelum adanya saya hari ini.

“Kenapa masih berfikiran kolot? Seumur hidup saya, saya tidak pernah ada skandal yang bukan-bukan,” luahnya.

Sebelum ini, Iqbal ada berkongsi mengenai hadiah yang diterimanya itu daripada Datina Reena Zach yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik.

Dalam pada itu, Iqbal menegaskan bahawa dirinya tidak perlu bekerja keras untuk berjaya seperti sekarang sekiranya dia benar-benar mempunyai skandal.

“Jika saya jenis berskandal, sedari dulu saya tidak perlu bekerja teras seperti sekarang. Jangan sampai muncul Iqbal gelombang kedua baling resit semua.

“Jika ada barangan belian yang palsu, buktikan. Saya berani tunjukkan,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button